Thursday, January 24, 2013

Watch Online Drama Sehangat Asmara lakonan Rita Rudaini dan Adi Putra

Sehangat Asmara ialah novel karya Aisya Sofea bakal diadaptasi dalam bentuk drama, pelakon heroinnya Rita Rudaini bersama pelakon Adi Putra dan Fahrin Ahmad. Pastinya ramai peminat novel sudah membaca kisah Sehangat Asmara ni, kisah cinta tanpa restu keluarga antara Kamilia Najwa dan Zainal Arief. Drama Sehangat Asmara ni akan, diarahkah oleh Feroz Kader, tarikh tayang pada 7 Januari 2013, di Astro Mustika HD 134.



Sinopsis Drama Sehangat Asmara

Sinopsis dan jalan cerita dalam novel, mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di London, bertemu dengan Zainal Arief. Kay seorang gadis yang agak sosial, Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan mahu merubah hidup Kay yang hanya hanyut dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara tetapi perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga.

Zainal balik ke Malaysia terlebih dahulu tetapi Zainal menghilangkan diri meninggalkan Kay yang sedang hamil anak mereka di luar negara. Kay sangat rindukan Zainal tetapi suaminya tu tetap tak muncul, Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay lupakan Zainal.

Setelah 9 tahun berlalu, anak mereka sudah membesar barulah Zainal muncul untuk menuntut hak sebagai bapa kepada anak perempuan mereka , Misya. Zainal ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah dan dia tidak menyangka ada seorang anak perempuan. Kay menyimpan dendam pada Zainal dan tak mahu membenarkan Zainal menghampiri Misya kerana meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita.

Apabila Zainal mahu membawa kes ke mahkamah barulah Kay lembut hati membenarkan Zainal bertemu anak mereka. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih ada perasaan cinta lagi dengan Kay, sedangkan pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman. Zainal mula meraih cinta dari Kay semula kerana mahukan keluarga yang bahagia dengan Kay dan anak mereka. Misya pula sedah rapat dengan Zainal, demi anak mereka Kay hidup semula dengan Zainal walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal.

Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita. Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.

Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Bapa Kay mengaku akhirnya yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, tetapi bapa Kay sudah insaf dan mahu Kay dan Zainal berbaik semula.




TONTON ONLINE DRAMA SEHANGAT ASMARA:


Sehangat Asmara Episod 01 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 02 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 03 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 04 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 05 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 06 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 07 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 08 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 09 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 10 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 11 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 12 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 13 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 14 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 15 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 16 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 17 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 18 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 19 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 20 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 21 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 22 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 23 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 24 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 25 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 26 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 27 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 28 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 29 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 30 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 31 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 32 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 33 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 34 - KLIK SINI
Sehangat Asmara Episod 35 - KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Sales Shopping Expo Event In Malaysia