Sunday, September 14, 2014

Polis Malaysia dan Indonesia tahu punca MH370 hilang, Ketua Polis Indonesia




Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak mengetahui mengenai laporan media Indonesia yang mendakwa kononnya polis Indonesia dan Malaysia mengetahui punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, Mac lepas.

..kalau tiada bukti takkan Kapolri sendiri berani cakap..

Beliau yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu berkata laporan itu belum sampai dalam pengetahuannya.

"I know nothing about it (saya tak tahu apa-apa tentangnya)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Kawan, di sini hari ini.

Laporan berita Indonesia, Tempo.co, semalam memetik ketua polis republik tersebut, Jeneral Sutarman sebagai mendakwa kononnya pihaknya dan Polis Malaysia mengetahui punca pesawat itu hilang tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menafikan laporan media Indonesia itu dan berkata beliau akan menghubungi Kapolri (Ketua Polis Republik Indonesia) sama ada beliau ada berkata begitu.

Penerbangan MH370 hilang dari imbasan radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Sales Shopping Expo Event In Malaysia